Quantcast
Channel: Banding Insurans Kereta – Sureplify – Car Insurance Blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 25

7 Tips Untuk Bawa Kucing Naik Kereta

$
0
0

7 Tips Untuk Bawa Kucing Naik Kereta

Kucing Dalam Kereta | Platform Insurans Kereta
Sumber Gambar: Catster.com

Anda merancang untuk membawa kucing menaiki kereta untuk pulang ke kampung? Atau mungkin ingin membawa bersiar-siar di tempat yang jauh? Mahupun bawa untuk berjumpa veterinar?

Tahukah anda bahawa membawa kucing menaiki kereta merupakan satu perkara yang mencabar?

Kucing Marah | Platform Insurans Kereta

Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsikan kepada anda antara 7 tips penting untuk membawa kucing anda menaiki kereta. Jom baca!

1.Biasakan kucing dengan kereta anda terlebih dahulu.
Bukan semua kucing berani nak naik kereta. Ada yang takut dan panik bila diletakkan di kusyen kereta. Anda digalakkan untuk duduk bersama-sama kucing anda dan beri peluang kepadanya untuk menghidu dan meneroka seluruh kereta anda. Beri sedikit masa untuk membuatkan kucing anda berasa selesa.

Kucing Putih Kelabu | Platform Insurans Kereta
Sumber Gambar: Catcheckup.com

2. Berbincang dengan veterinar.
Jika kucing anda masih berasa tidak selesa serta panik ketika berada di dalam kereta, rujuk terus kepada veterinar. Mungkin kucing anda mempunyai motion-sickness? Veterinar akan membuat pemeriksaan dan mencadangkan beberapa rawatan yang boleh membantu menenangkan kucing anda pada sepanjang perjalanan.

Kesihatan Kucing | Platform Insurans Kereta
Sumber Gambar: Catvethobart.com

3. Beri makanan & minuman sebelum memulakan perjalanan.
Selepas kucing anda selesai makan & minum, beri sedikit masa lagi untuk kucing anda membuang najis. Berikan sedikit sahaja kuantiti makanan jika kucing anda mengalami motion-sickness.

Kucing Makan | Platform Insurans Kereta
Sumber Gambar: Catster.com

4. Pastikan kucing anda sentiasa berada di dalam carrier.
Jangan biarkan kucing anda untuk bebasa bergerak di dalam kereta. Hal ini kerana dikhuatiri akan mengganggu fokus pemanduan anda. Mungkin kucing anda suka duduk di bawah pedal kereta? Lagi susah!

Kucing Dalam Carrier | Platform Insurans Kereta
Sumber Gambar: Thenewswheel.com

5. Bersedia untuk segala huru-hara.
Sentiasa sediakan tuala serta lapik khas untuk membersihkan najis kucing anda. Mana tahu jika kucing anda bertindak di luar kawalan semasa membuang najis? Oops! Bawa juga plastik sampah, okay?

Kucing | Platform Insurans Kereta

6. Bawa mainan untuk kucing anda.
Tarik perhatian kucing anda dengan membawa beberapa mainan bersama-sama dengannya. Biarkan kucing anda bermain sehingga leka semasa dalam perjalanan.

Kucing tidur | Platform Insurans Kereta
Sumber Gambar: Woldsbestcatlitter.com

7. Rancang beberapa perhentian.
Rancang beberapa lokasi perhentian untuk memeriksa keadaan kucing anda, serta makanan, minuman, dan najisnya.

Kucing berdiri | Platform Insurans Kereta

Apa yang penting, pastikan anda sentiasa memandu dengan selamat. Pandu dengan tenang, okay? Takdelah kucing anda buat hal nanti!

Sumber Rujukan: Themamamiow.com

Insurans Kereta | Sureplify
KLIK DI SINI untuk dapatkan harga terendah insurans kereta anda sekarang!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 25