Tips Keselamatan Untuk Pelajar Yang Menaiki Bas

Wahai ibu bapa sekalian, adakah anak-anak anda tahu tentang langkah-langkah keselamatan menaiki bas sekolah? Jom terangkan tips keselamatan ini pada mereka!
1. Ketika Menunggu Bas

– Sila tunggu di kawasan perhentian bas yang disediakan.
– Berkelakuan baik semasa menunggu dan jangan berdiri di tepi jalan raya.
2. Ketika Menaiki Bas

– Sila beratur dalam satu barisan semasa hendak menaiki bas.
– Pastikan bas telah berhenti sepenuhnya sebelum menaiki bas.
– Sila beri laluan kepada penumpang yang ingin turun terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh menaiki bas.
3. Ketika Di Dalam Bas

– Pilih tempat duduk dan duduk dengan segera.
– Sila letakkan beg di atas riba ataupun di bawah tempat duduk.
– Sila berkelakuan baik semasa duduk dan kekal duduk di tempat sendiri sehingga bas berhenti sepenuhnya.
4. Ketika Turun Daripada Bas

– Sila turun dengan berhati-hati dan jangan tolak penumpang yang lain.
– Jangan berdiri di tepi jalan raya sehingga bas bergerak.
Kami harap anda dapat menerapkan tips-tips ini kepada anak-anak anda agar keselamatan anak anda terjamin dan menjadi penumpang yang mematuhi peraturan keselamatan jalan raya.
Sumber Rujukan: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Malaysia
