Quantcast
Channel: Banding Insurans Kereta – Sureplify – Car Insurance Blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 25

Tips Untuk Mencuci Kereta Dengan Betul

$
0
0

Tips Mencuci Kereta Dengan Betul

Basuh Kereta | Platform Insurans Kereta

Berapa kerapkah anda mencuci kereta anda dalam masa sebulan? Sebulan 2 kali? Sebulan sekali? Atau tunggu berbulan-bulan baru teringat nak cuci kereta?

Tahukah anda bahawa cucian kereta dapat mengelakkan cat kereta anda daripada terjejas? Bukan itu sahaja, cucian yang betul juga perlu dititikberatkan untuk mengekalkan warna cat.

Jom kami kongsikan kepada beberapa tips penting untuk mencuci kereta dengan betul.

1.Cuci kereta seminggu sekali.
Kekalkan sinar cat kereta anda dengan mencuci sebanyak seminggu sekali. Jangan tunggu kotoran dah tebal baru nak cuci. Bimbang cat tersebut akan mudah rosak nanti.

Cuci kereta | Platform Insurans Kereta

2. Guna sabun pencuci kereta yang khas.
Jangan sesekali guna sabun pencuci pinggan ataupun pencuci baju. Guna sabun penuci khas dan patuhi dos cucian yang disarankan pada label. Perkara ini amat penting bagi mendapatkan hasil cucian yang menakjubkan.

3. Cuci kereta di tempat yang teduh.
Hal ini kerana sekiranya air yang berada di kereta anda kering sebelum anda sempat mencucinya kesuluruhan kereta, ia akan menyebabkan kereta kelihatan bertompok-tompok.

Cuci Kereta Hitam | Platform Insurans Kereta

4. Basuh & bilas kereta anda dengan betul.
Cuci kereta anda bermula dari bumbung kereta terlebih dahulu dan seterusnya cuci dari satu bahagian ke bahagian yang lain pula.

5. Gunakan span yang lembut atau kain mikrofiber.
Span lembut dan juga kain mikrofiber tidak akan menyebabkan calar terhadap cat kereta anda.

6. Bersihkan tayar.
Hoskan air ke tayar untuk mengeluarkan kotoran, dan gunakan pembersih khas untuk mencuci kotoran seperti pasir.

Cuci Tayar | Platform Insurans Kereta
Sumber Gambar: Citymapia.com

7. Keringkan dan kilatkan kereta dengan segera
Anda boleh gunakan kain mikrofiber untuk lap kereta anda. Jangan lupa untuk sapukan pengilat khas pada tayar anda untuk tampil lebih bersinar nanti, okay?

Kami harap tips ini dapat membantu untuk mengekalkan warna cat kereta anda.

Pembaharuan Insurans Kereta Dalam Talian | Sureplify
KLIK DI SINI untuk dapatkan harga terendah untuk pembahruan insurans kereta anda.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 25

Trending Articles