Quantcast
Channel: Banding Insurans Kereta – Sureplify – Car Insurance Blog
Viewing all articles
Browse latest Browse all 25

Titik Buta Sebuah Lori

$
0
0

Titik Buta Sebuah Lori

Lori | Platform Insurans Kereta

Tahukah anda bahawa memandu berhampiran dengan lori adalah amat bahaya? Hal ini kerana saiz lori yang besar menjurus kepada hadirnya titik buta yang besar.

Titik buta tersebut dimaksudkan dengan kawasan di mana pemandu-pemandu lori tidak boleh melihat kenderaan lain yang sedang mengikuti terlalu rapat ataupun memotong.

Jom kenali titik buta yang terdapat pada sesebuah lori:

Langkah keselamatan yang anda perlu ambil tahu:-

1. Apabila anda sedang memotong lori, jangan memandu dengan perlahan setelah anda mengambil kedudukan di hadapan lori tersebut.
2. Pastikan anda tidak mengekori lori dengan terlalu rapat. Jaga jarak kenderaan anda sejauh 3 saat di belakang.
3. Pastikan anda memberi ruang yang mencukupi untuk memberi laluan kepada lori untuk membelok dengan selamat.
4. Menunggu dengan sabar apabila anda mendapati sesebuah lori sedang mengundur.

Yang penting, anda perlu ingat bahawa sememangnya lori mengambil masa yang lebih lama untuk berhenti.

Sumber Maklumat: Jabatan Keselamatan Jalan Raya

Pembaharuan Insurans Kereta Dalam Talian | Sureplify

Ingin dapatkan harga terendah bagi pembaharuan insurans kereta anda? KLIK DI SINI untuk semakan harga secara dalam talian. Mudah & cepat!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 25